Friday, March 25, 2011

Tahniah

Tahniah diucapkan kepada Puan Safiah Nor kerana telah selamat melahirkan seorang putera yang amat comel pada 22 Mac 2011, seberat 2.7kg di Pusat Perubatan Kohilal, Taman Melawati, Kuala Lunpur. Semoga kelahiran putera berkenaan menambah kebahagiaan dan keceriaan di dalam kehidupan pasangan muda ini...

Wednesday, March 9, 2011

sebagai panduan sahaja...cara mendaftarkan kelab/pertubuhan

Lawati Laman Web Rasmi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) untuk semua maklumat berkenaan Pertubuhan.
  • Satu mesyuarat penubuhan yang dihadiri oleh sekurang-kurangnya tujuh (7) orang hendaklah diadakan dan nama-nama mereka yang hadir hendaklah dicatatkan dalam minit mesyuarat.
  • Mesyuarat penubuhan tersebut hendaklah membuat ketetapan-ketetapan berikut:
  1. bersetuju menubuhkan pertubuhan;
  2. meluluskan nama pertubuhan yang akan didaftarkan (nama pertubuhan hendaklah selaras dengan tujuan dan keahlian pertubuhan);
  3. menetapkan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan;
  4. melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan untuk menguruskan pendaftaran pertubuhan; dan
  5. meluluskan undang-undang (perlembagaan) pertubuhan yang hendak didaftarkan.
  • Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (Minit Mesyuarat Penubuhan) pertubuhan serta keputusan terhadap ketetapan-ketetapan yang dibuat
Cara Memohon Pendaftaran Pertubuhan
  • Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
  1. Enam (6) salinan borang permohonan Borang 1 - Permohonan bagi Pendaftaran Pertubuhan yang sempurna diisi;
  2. Enam (6) salinan senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan; (Senarai ini hendaklah mengandungi butir-butir seperti: nama (bagi orang-orang Cina ditulis juga nama dalam huruf Cina), jawatan dalam pertubuhan, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, pekerjaan, nama dan alamat majikan serta alamat rumah bagi tiap-tiap Ahli Jawatankuasa). Format Senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan;
  3. Enam (6) salinan undang-undang (perlembagaan) pertubuhan.Contoh Undang-undang Tubuh;
  4. Enam (6) salinan contoh lambang, bendera, lencana dan lain-lain tanda yang berwarna dan keterangan mengenai maksud tanda-tanda tersebut di dalamnya (jika berkenaan). Contoh;
  5. Dua (2) salinan minit mesyuarat penubuhan yang mencatatkan ketetapan seperti disebutkan pada di para 4.2. Contoh Minit Mesyuarat Penubuhan;
  6. Surat kebenaran menggunakan alamat daripada tuan punya alamat, jika berkenaan. (Jika menggunakan alamat pejabat, sekolah, hospital, ladang, syarikat atau kilang, surat kebenaran majikan/tuan punya alamat hendaklah disertakan). Contoh Surat Kebenaran Menggunakan Alamat; dan
  7. Fi pemprosesan berjumlah RM30.00 dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang atas nama Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Penolong Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri.
  • Tiap-tiap salinan dokumen di (a), (b), (c), (d) dan (e) mestilah ditandatangani oleh dua (2) orang pemegang jawatan utama pertubuhan. Pemegang jawatan utama bermaksud Presiden/Yang DiPertua/Pengerusi, Timbalan Presiden/Timbalan Yang DiPertua/Timbalan Pengerusi, Naib Presiden/Naib Yang DiPertua/Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
  • Borang-borang permohonan bagi mendaftarkan pertubuhan (Borang 1) boleh dimuat turun secara percuma di sini atau diperolehi daripada Ibu Pejabat dan mana-mana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri dengan bayaran RM1.00 senaskah.
Selepas Pendaftaran Pertubuhan Diluluskan - Apa perkara yang perlu dibuat?
Adalah menjadi kewajipan setiap pertubuhan untuk mengemukakan Penyata Tahunan dalam tempoh 60 hari selepas mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya atau sekiranya tiada sesuatu Mesyuarat Agung diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar.

CARA MENGHANTAR PENYATA TAHUNAN
Penyata Tahunan hendaklah mengandungi maklumat yang benar dan lengkap seperti berikut:-
  1. Dua (2) salinan Borang 9 - Maklumat Yang Perlu Diberi Tiap-Tiap Tahun oleh Pertubuhan Dan Cawangan-Cawangan Pertubuhan Berdaftar Mengikut Seksyen 14(1), Akta Pertubuhan, 1966. Borang yang berkenaan boleh dimuat turun di sini atau boleh didapati dengan PERCUMA di Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri;
  2. Nama dan alamat tempat urusan;
  3. Tiga (3) salinan senarai yang lengkap menunjukkan jawatan, nama (bagi kaum Cina di dalam tulisan Cina hendaklah juga dituliskan), nombor kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, pekerjaan, nama dan alamat majikan bagi semua pemegang jawatan utama dan pemegang jawatan selain Jawatankuasa Pengelola; Format Senarai Jawatankuasa dan Contoh;
  4. Dua (2) salinan Minit Mesyuarat Agung Tahunan; Contoh Minit Mesyuarat Agung;
  5. Dua (2) salinan Penyata Penerimaan dan Pembayaran serta Kunci Kira-Kira untuk tahun Kewangan; Contoh Penyata Kewangan;
  6. Dua (2) salinan maklumat mengenai sebarang harta tak alih yang dimiliki;
  7. Dua (2) salinan nama dan alamat mana-mana organisasi di luar Malaysia yang menjadi ahli gabungan;
  8. Dua (2) salinan maklumat sebarang wang atau harta, apa-apa faedah pekuniari atau keuntungan yang diterima oleh pertubuhan daripada mana-mana orang, organisasi, pihak berkuasa, kerajaan atau agensi di luar Malaysia ; dan
  9. Empat (4) salinan pindaan kepada undang-undang tubuh pertubuhan yang dibuat semenjak penyata tahunan yang berakhir (bagi pertubuhan induk sahaja).
HURAIAN
  • 2(dua) salinan adalah dikehendaki dan tiap-tiap satu salinan serta lampiran-lampiran mestilah ditandatangani oleh 2(dua) orang pemegang jawatan utama Pertubuhan. *Bagi Cawangan hendaklah ditandatangani timpal oleh seorang pemegang jawatan utama Pertubuhan Induk. Pemegang-pemegang jawatan utama ialah Yang DiPertua atau Pengerusi, Naib Yang DiPertua atau Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
  • Pemegang Jawatan termasuklah :-
  1. Ahli mana-mana jawatankuasa kecil atau badan-badan lain yang ditubuhkan atau dibentuk oleh badan pengelola sesuatu pertubuhan berdaftar atau oleh badan pengelola cawangan pertubuhan itu;
  2. Seseorang yang sedikit sebanyak bertanggungjawab atas pengurusan apa-apa hal ehwal atau perjalanan apa-apa aktiviti, sesuatu pertubuhan berdaftar atau mana-mana cawangan pertubuhan itu;
  3. Seseorang yang dilantik atau diberi kuasa untuk mewakili atau bertindak bagi pihak,sesuatu pertubuhan berdaftar, atau mana-mana cawangan pertubuhan itu, dalam apa-apa perkara, lain daripada seseorang yang tidak menjadi ahli pertubuhan itu,diambil bekerja oleh pertubuhan itu untuk mewakili atau bertindak bagi pihak sesuatu pertubuhan berdaftar, atau mana-mana cawangan pertubuhan itu atau sifat profesionalnya atau mengikut pekiraan kontrak.
Seksyen 9A Akta Pertubuhan, 1996
Tertakluk kepada seksyen kecil (2), seseorang adalah hilang kelayakkan daripada menjadi dan tidak boleh menjadi atau terus menjadi pemegang jawatan, penasihat atau pekerja sesuatu pertubuhan berdaftar :-
  • Jika ia telah disabit melakukan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini; atau
  • Jika ia telah disabitkan melakukan apa-apa kesalahan dibawah mana-mana undang-undang lain dan telah dijatuhkan hukuman denda tidak kurang daripada 2(dua) ribu ringgit Malaysia atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada 1(satu) tahun; dan
  • Jika ada dikuatkuasakan terhadapnya apa-apa perintah tahanan, sekatan,pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran dibawah mana-mana undang-undang berhubung dengan keselamatan atau ketenterama awam dalam persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau berhubung dengan pencegahan jenayah, tahanan kerana keselamatan, kediaman terhad, buang negeri atau imigresen; atau
  • Jika ia adalah si bankrap yang belum dilepaskan; atau
  • Jika ia adalah dan telah didapati atau ditetapkan sebagai tak sempurna akal
Hilang kelayakkan bagi seseorang di bawah perenggan di atas adalah terhenti apabila tamat tempoh 5 (lima) tahun mulai tarikh orang yang disabitkan itu dilepaskan dari jagaan atau tarikh denda tersebut dikenakan mengikut mana yang berkenaan.

DI MANA HENDAK MENGEMUKAKAN PENGHANTARAN PENYATA TAHUNAN
Penghantaran penyata tahunan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana pertubuhan didaftarkan. Sila rujuk alamat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri masing-masing.

Saturday, March 5, 2011

KELAB SUKAN DAN REKREASI, PPNS KL

Pengenalan

Kelab sukan dan Rekreasi Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada tahun 2010. Semua kakitangan Jabatan ini secara otomatik menjadi ahli kelab ini. Pada mesyuarat pertama tahun 2011, ahli kelab telah bersetuju untuk memilih KEKANSI sebagai nama singkatan kelab.

Ahli Jawatankuasa tahun 2010-2011 :

  • Penasihat -    Encik Edris Maidin
  • Presiden-    Encik Kee Mohd Zain Kee Mohd Yusof
  • Timbalan Pengerusi -      Puan Sabariah Hj. Saffree
  • Setiausaha-   Puan Haisah Daud
  • PenolongSetiausaha-   Puan Caroline Flavinus Siang
  • Bendahari-   Puan Seayni Sahak

AJK  
 Puan Saimah Abdullah
       Puan Atiqah Ramli
Puan Ainon Yusof
Encik Nurul Hizmizal Muhamed Hanafi
  Encik Mohd. Noor Fitri Azami
Encik Mohamad Amir Hafizi Abdul Rahman



*SELAMAT MENJALANKAN TUGAS*



KALENDAR AKTIVITI  2011


JAN
FEB
MAC
APRIL
MEI    -   Hari Keluarga
JUN
JULAI
OGOS
SEPTEMBER
OKTOBER     - Trip Lawatan Sambil Belajar Ke Sabah 
NOVEMBER
DISEMBER










 

PENAFIAN: Kelab ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam blog ini.

JEJAK-JEJAK KENANGAN TERINDAH

SABAR...GAMBAR MASIH DALAM PROSES EDITING :-)