Sunday, June 12, 2011

2 MORE WEEKS TO GO...TOGETHER-GETHER @BAGAN LALANG

Sedar tak sedar, pejam celik, hanya tinggal dua minggu saja lagi ahli-ahli kelab Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, KL (KEKANSI) akan bersama-sama memeriahkan Hari Keluarga 2011 di Bagan Lalang, Sepang. Tarikh yang telah ditetapkan adalah pada 25 Jun 2011, semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Berikutan dengan itu, baru-baru ini, sepasukan yang terdiri daripada 5 orang ahli telah mengadakan satu lawatan ke tapak di mana hari keluarga akan berlangsung. Lawatan ini adalah untuk menentukan pembekal makanan dan tempahan lokasi. Alhamdulillah, salah seorang pemilik gerai makanan di sekitar Pantai Bagan berbesar hati menawarkan perkhidmatan membekal makanan dan kemudahan lain pada harga yang berpatutan.

SENARAI JAWATANKUASA HARI KELUARGA 2011


AJK Makanan: Seayni/Saimah
AJK Sukan: Hafizi/Noor Azman
AJK Hadiah: Sabariah/Caroline
AJK Kenderaan: Hizmizal/Fitri
AJK Kebersihan: Kee Zain/Ainon




TENTATIF ACARA HARI KELUARGA KEKANSI 2011


-Pertandingan Karaoke
-Acara Permainan yang akan diadakan:
*Lari Ikat Kaki
*Tarik tali (antara kumpulan)
**Pertandingan kutip gula-gula
**Lumba Lari 50 M
**Meniup belon hingga pecah
**Lari membawa bola ping pong
**Mengisi air dalam botol
**Mencari gula-gula dalam tepung


*acara untuk orang dewasa
** acara untuk kanak-kanak mengikut kategori umur










GAMBAR SEMASA MEMBUAT LAWATAN KE LOKASI HARI KELUARGA KEKANSI 2011



















Saturday, June 11, 2011

STRIKE, LONGKANG STRIKE OR SPARE...MACAM-MACAM ADA....MACAM-MACAM GAYA

KUMPULAN BIRU..JUARA KESELURUHAN




PASUKAN MERAH..MACAM UKUR TINGGI JAK?



PEWWWIT...CANTIK SEDONDON GITU ...TU DIA KUNING !

WAKIL PASUKAN MERAH...YANG BERBADAN DUA
 TIDAK KETINGGALAN MEMBERIKAN SOKONGAN


INI DIA IBU-IBU, BAKAL IBU, BAPA DAN BABIES
 OOPS!  ADA YG TIDAK  MASUK KATEGORI NI..

Pada Sabtu 11 Jun 2011, perlawanan bowling di antara pasukan KUNING, MERAH dan BIRU telah berlangsung dengan jayanya. Perlawanan berlangsung selama lebih kurang 3 jam setengah. Setiap pasukan diwakili oleh 5 orang pemain bowling yang hebat-hebat belaka. Di penghujung 3 set permainan, pasukan biru berjaya mengumpul 1550 poin, kuning mengumpul 1492 poin dan merah 1318 poin; sekaligus biru dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan. Pemain terbanyak mengumpul poin adalah Fitri-375, Hamdan-357 dan Saiful-348 poin. 


Kemeriahan perlawanan di antara ketiga-tiga pasukan ditambah lagi dengan kehadiran keluarga dan sanak saudara pemain-pemain, yang turut sama memberikan sokongan.


Tahniah kepada pasukan BIRU yang menjadi juara keseluruhan.


arigato, konichiwa, sayonara

Saturday, June 4, 2011

AKSI LUAR BIASA DAN JARANG DILIHAT

Pada 3 Jun 2011, bertempat di Dewan Serbaguna SMK Bintang Selatan, KL telah berlangsung perlawanan sengit di antara ketiga-tiga kumpulan  dalam acara badminton. Kumpulan Merah diwakili oleh En. Edris, Khairul, Zailan, Md. Said dan Meldah. Manakala kumpulan kuning diwakili oleh Kee, Saiful, Hafizi, Asma dan Sabariah. Kumpulan biru menampilkan Jalil, Hamdan, Fitri, Mizal dan Fazling Wati.

Di akhir perlawanan, kumpulan biru telah berjaya memungut mata terbanyak sekaligus menjadi juara keseluruhan. Tahniah!

CIK MAH..MENANG GAYA!

OOPS!!! TERLEBIH SUDAH

PASANGAN SERASI...BERAT DAN RINGAN HEHE

GANDINGAN MANTAP 

TUNGGGU GILIRAN

MELDAH...JUARA BADMINTON WANITA

AISEH...LAWAN DENGAN HAMDAN NI...SORRY BOSS

BINCANG SAMPAI SELESAI...

UCAPAN TAKZIAH

Ucapan Takziah kepada keluarga En. Jalil kerana pemergian ibunda tersayang ke rahmatullah. Semoga roh allahyarhamah dirahmati dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Aminn..Al Fatihah