Sunday, June 12, 2011

2 MORE WEEKS TO GO...TOGETHER-GETHER @BAGAN LALANG

Sedar tak sedar, pejam celik, hanya tinggal dua minggu saja lagi ahli-ahli kelab Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, KL (KEKANSI) akan bersama-sama memeriahkan Hari Keluarga 2011 di Bagan Lalang, Sepang. Tarikh yang telah ditetapkan adalah pada 25 Jun 2011, semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Berikutan dengan itu, baru-baru ini, sepasukan yang terdiri daripada 5 orang ahli telah mengadakan satu lawatan ke tapak di mana hari keluarga akan berlangsung. Lawatan ini adalah untuk menentukan pembekal makanan dan tempahan lokasi. Alhamdulillah, salah seorang pemilik gerai makanan di sekitar Pantai Bagan berbesar hati menawarkan perkhidmatan membekal makanan dan kemudahan lain pada harga yang berpatutan.

SENARAI JAWATANKUASA HARI KELUARGA 2011


AJK Makanan: Seayni/Saimah
AJK Sukan: Hafizi/Noor Azman
AJK Hadiah: Sabariah/Caroline
AJK Kenderaan: Hizmizal/Fitri
AJK Kebersihan: Kee Zain/Ainon




TENTATIF ACARA HARI KELUARGA KEKANSI 2011


-Pertandingan Karaoke
-Acara Permainan yang akan diadakan:
*Lari Ikat Kaki
*Tarik tali (antara kumpulan)
**Pertandingan kutip gula-gula
**Lumba Lari 50 M
**Meniup belon hingga pecah
**Lari membawa bola ping pong
**Mengisi air dalam botol
**Mencari gula-gula dalam tepung


*acara untuk orang dewasa
** acara untuk kanak-kanak mengikut kategori umur










GAMBAR SEMASA MEMBUAT LAWATAN KE LOKASI HARI KELUARGA KEKANSI 2011



















Saturday, June 11, 2011

STRIKE, LONGKANG STRIKE OR SPARE...MACAM-MACAM ADA....MACAM-MACAM GAYA

KUMPULAN BIRU..JUARA KESELURUHAN




PASUKAN MERAH..MACAM UKUR TINGGI JAK?



PEWWWIT...CANTIK SEDONDON GITU ...TU DIA KUNING !

WAKIL PASUKAN MERAH...YANG BERBADAN DUA
 TIDAK KETINGGALAN MEMBERIKAN SOKONGAN


INI DIA IBU-IBU, BAKAL IBU, BAPA DAN BABIES
 OOPS!  ADA YG TIDAK  MASUK KATEGORI NI..

Pada Sabtu 11 Jun 2011, perlawanan bowling di antara pasukan KUNING, MERAH dan BIRU telah berlangsung dengan jayanya. Perlawanan berlangsung selama lebih kurang 3 jam setengah. Setiap pasukan diwakili oleh 5 orang pemain bowling yang hebat-hebat belaka. Di penghujung 3 set permainan, pasukan biru berjaya mengumpul 1550 poin, kuning mengumpul 1492 poin dan merah 1318 poin; sekaligus biru dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan. Pemain terbanyak mengumpul poin adalah Fitri-375, Hamdan-357 dan Saiful-348 poin. 


Kemeriahan perlawanan di antara ketiga-tiga pasukan ditambah lagi dengan kehadiran keluarga dan sanak saudara pemain-pemain, yang turut sama memberikan sokongan.


Tahniah kepada pasukan BIRU yang menjadi juara keseluruhan.


arigato, konichiwa, sayonara

Saturday, June 4, 2011

AKSI LUAR BIASA DAN JARANG DILIHAT

Pada 3 Jun 2011, bertempat di Dewan Serbaguna SMK Bintang Selatan, KL telah berlangsung perlawanan sengit di antara ketiga-tiga kumpulan  dalam acara badminton. Kumpulan Merah diwakili oleh En. Edris, Khairul, Zailan, Md. Said dan Meldah. Manakala kumpulan kuning diwakili oleh Kee, Saiful, Hafizi, Asma dan Sabariah. Kumpulan biru menampilkan Jalil, Hamdan, Fitri, Mizal dan Fazling Wati.

Di akhir perlawanan, kumpulan biru telah berjaya memungut mata terbanyak sekaligus menjadi juara keseluruhan. Tahniah!

CIK MAH..MENANG GAYA!

OOPS!!! TERLEBIH SUDAH

PASANGAN SERASI...BERAT DAN RINGAN HEHE

GANDINGAN MANTAP 

TUNGGGU GILIRAN

MELDAH...JUARA BADMINTON WANITA

AISEH...LAWAN DENGAN HAMDAN NI...SORRY BOSS

BINCANG SAMPAI SELESAI...

UCAPAN TAKZIAH

Ucapan Takziah kepada keluarga En. Jalil kerana pemergian ibunda tersayang ke rahmatullah. Semoga roh allahyarhamah dirahmati dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. Aminn..Al Fatihah

Thursday, May 5, 2011

TIPS MENGHILANGKAN RASA MENGANTUK DI PEJABAT



waina...mengantuk betul ni urang..
Rasa mengantuk ketika di pejabat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyangan dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu dielakkan dan bagi mengatasi masalah ini. Terdapat beberapa tip yang boleh anda praktikkan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.

1) Hampiri kawasan bercahaya
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. Jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semulajadi di tepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lontarkan padangan anda keluar seketika.

2) Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. Tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

3) Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat merangsang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ialah 'mint' dan lemon.

4) Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi mengatasi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan dapat merangsangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda anda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

5) Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di samping itu, elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. Sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30 minit sekali untuk berjalan seketika sebelum menyambung kerja anda semula.

6) Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

kreatif...

ini lagi sandi...sempat tidur masa masak mee maggi








Sumber: blogger

TAHUKAH ANDA....

Baca boleh..nak percaya terpulanglah...

1. Nama tempat terpanjang di dunia ialah 'Taumatawhakatangih angakoauauotamat eaturipukakpikim aungahoronukupok ai- iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand.

2. Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.

3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.



Sumber:blogger.

Friday, April 8, 2011

JADUAL SUKAN INDOOR

ACARA: CONGKAK
TARIKH:25-27 APRIL 2011
TEMPAT:PPNS KL


Perlawanan telah diadakan, setelah setiap pasukan berjumpa, pasukan merah telah memungut jumlah markah tertinggi iaitu 5 kemenangan daripada 6 perlawanan. Manakala pasukan kuning dan ungu masing-masing mengutip 2 markah. Oleh yang demikian, perlawanan tunggal akan diadakan; seorang wakil setiap rumah akan bertanding bagi menentukan tempat kedua dan ketiga.


TAHNIAH PASUKAN MERAH !


By:PAK@5/5/11



SUKAN INDOOR AKAN BERMULA TAK LAMA LAGI..

Acara sukan indoor akan diadakan tidak lama lagi. Sebaik sahaja semuanya telah sedia; pertandingan akan dimulakan bila-bila masa sahaja. Pastikan anda dan rakan-rakan anda bersedia...


Berkaitan dengan ini, urusetia setiap rumah sukan telah dipilih iaitu:


Kumpulan Bunga Raya
Urusetia Sukan :  Zailan dan Bibiyanti


Kumpulan Rafflesia
Urusetia Sukan : Saiful dan Hafizi


Kumpulan Anggerik
Urusetia Sukan : Fitri dan Hizmizal



Sys ; )

Thursday, April 7, 2011

PERANCANGAN AWAL UNTUK MENGADAKAN HARI KELUARGA 2011

Mesyuarat AJK Tertinggi KEKANSI pada Rabu-5 Apr 2011 telah membincangkan mengenai perancangan untuk mengadakan Hari Keluarga KEKANSI bagi tahun 2011. Tempat yang dicadangkan adalah di Pantai Bagan Lalang, Selangor. Berbagai aktiviti dirancang untuk diadakan bagi melibatkan ahli dan keluarga mereka. Tarikh yang dicadangkan adalah pada 25 Jun 2011.

SUKAN

Pada mesyuarat yang lalu, kelab telah membahagikan ahli-ahlinya kepada 3 rumah sukan untuk bersaing sesama sendiri di samping mengeratkan silaturrahim dan menjana kesihatan tubuh badan. Antara sukan yang akan diadakan adalah sukan dalaman (indoor) seperti carrom, scrabble, sahibba dan congkak; tidak ketinggalan batu seremban! so jangan ketinggalan untuk menjadi wakil rumah anda masing-masing dan mengutip point untuk melayakkan kumpulan anda dinobatkan sebagai juara tahunan sukan kelab pejabat.
Ahli jawatankuasa tertinggi telah melantik Pn. Seayni  untuk menyelaras aktiviti tersebut.
Manakala presiden KEKANSI; En. Kee akan mengelolakan sukan seperti badminton.
Kumpulan tersebut adalah:



KUMPULAN BUNGA RAYA
(WARNA MERAH)
KETUA:
EN. EDRIS MAIDIN











AHLI:

1. Zailan Munawar
2. Hairun Kamal Mat Ali
3. Haisah Daud
4. Bibiyanti Madi
5. Ainon Yusof
6. Nur Atiqa Ramli
7. Siti Sabariah Mat Amin
8. Mohd Solem Jasman
9. Mohd Said Awang
10. Rosli Hashim
11. Ahmad Roslan Shueb


KUMPULAN RAFFLESIA (WARNA KUNING)
KETUA: PUAN SABARIAH HJ SAFFREE


AHLI :

1. Kasuma Hj. Abu Bakar
2. Saimah Abdullah
3. Kee Md. Zain Kee Md. Yusop
4. Caroline Flavinus Siang
5. Asma Hussain
6. Radziah Lon
7. Kamaruzaman Hamzah
8. Shahrizal Md Rawah
9. Mohd Amir Hafizi b. Abd. Rahman
10. Amir Hamjah b. Awang
11. Laisin Yapat
12. Mohd Saiful Redzuan b. Talib


KUMPULAN ANGGERIK
(WARNA UNGU)
KETUA:
PUAN SEAYNI BT HJ SAHAK


AHLI:





1. Fazling Wati Jubili
2. Hjh. Sariam Hj. Fadzilali
3. Safiah Nor Ahmad Safian
4. Mohd. Shafudin Suhailie
5. Mohd Jalil b. Zakaria
6. Ismail Hamid
7. Nurul Hizmizal Mohd Hanafi
8. Hamdan b. Embee
9. Noor Azman Embee
10. Manan Saad
11. Mohd Noor Fitri b. Azami