Sunday, February 13, 2011

AKTIVITI KEBAJIKAN


bayi kepada Puan Fazling Wati...

Tahniah kepada Puan Fazling Wati kerana telah melahirkan cahayamata iaitu seorang "bayi puteri",  yang amat comel;  pada 2 Mac 2011 seberat 3.07kg di Hospital Ampang, Kuala Lumpur. Moga kehidupan puan Fazling Wati dan suami bertambah ceria dan bahagia dengan kehadiran puteri kedua mereka. Beberapa orang ahli KEKANSI telah membuat lawatan ke rumah beliau untuk sama berkongsi kebahagiaan sempena kelahiran puteri yang comel tersebut.

****~~~~........****~~~~........****~~~~.......****~~~......****~~~~.......****~~~~......****.

Tahniah kepada Encik Mohamad Amir Hafizi dan isteri kerana kehadiran putera mereka Muhammad Darwish pada 28 Februari 2011 seberat 2.90kg. Bayi comel ini dilahirkan di Hospital Batu Pahat, Johor. Semoga kehadiran cahayamata sulung membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada keluarga beliau. Sumbangan ihsan kelahiran bayi sulung telahpun disampaikan kepada beliau.

............................................................................................................................................................







Kekansi telah membuat sumbangan Ihsan kepada keluarga Encik Amir Hamzah kerana pemergian ibunda beliau. Takziah.

No comments: